Seronok gak buat cendawan ni, tapi penat hanya Allah yang tau..sebenarnya ia memerlukan tenaga yang kuat , kalau perempuan tu payahlah sikit sebab semuanya perlukan tenaga. Penat ke tidak kena teruskan juga sebab modal dah keluar. Permintaan boleh tahan , cuma cendawan ni susah sikit nak diramal pertumbuhannya. Kalau janji dengan orang , tiba2 dia merajuk taknak tumbuh, tak pitam dibuatnya. Tapi kalau tak janji & cari pembeli , berlaku pulak lambakan , dah membazir pulak...sebenarnya bergantung pada rezekilah, janji kita dah usaha, rezeki Allah yang tentukan banyak atau sikit..semua tu ada hikmahnya.
Sekitar tahun 2008 sejak dimulakan hingga bulan December 2009 , pertumbuhannya boleh tahan, memang seronok bila kutip hasilnya, tapi lepas dari tarikh tu cuaca panas, sana sini kemarau melanda...maka cendawan seolah2 merajuk takmau tumbuh. Hingga saat ini, aku masih belum mulakan membuat benih baru . Insyaallah , kalau diizinkan Allah , aku akan mulakan semula dalam 2 atau 3 bulan lagi setelah pondok dan kawasan sekitarnya dibersihkan. Terasa gak kerinduan pada kerja2 membuat benih ni, tapi apakan daya buat masa ni, belum boleh dilakukan kerana masalah tenaga pekerja. Maklumlah, nak cari pekerja sekarang bukan mudah lebih2 lagi bila nak buat kerja2 yang rumit seperti ini. Aku anggap semua ni dugaan sementara dari Allah..semoga lepas ni nanti semuanya akan berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment